Isnin, 14 Mac 2011

BISNES INTERNET-BINA.UPLOAD.URUS

KOD : BK 02
HARGA : RM 17 (TERMASUK POS)
"Panduan lengkap bagaimana hendak memulakn bisnes internet. Menerangkan sistem-sistem yang diperlukan bagi membolehkan berurusniaga melalui internet."

BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN

KOD : BK 01
HARGA : RM 16.00 (TERMASUK POS)

"Panduan bagi usahawan yang ingin menjalankan bisnes jual pakaian dengan cepat, tepat dan efektif"

Khamis, 3 Mac 2011

RINDU CINTAKU

RINDU CINTAKU adalah kesinambungan "OMBAK RINDU" & "CINTA...TIADA AKHIRNYA"
KOD : NV 01
HARGA : RM 16
Bil Muka surat : 634 m/s
SOLD TO UMIE

 SINOPSIS CERITA:
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan. 

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan. 

CINTA... TIADA AKHIRNYA

Kesinambungan "OMBAK RINDU"
KOD : NV 02
HARGA : RM15
Bil mukasurat : 566m/s
SOLD TO UMIE

Sinopsis:
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam "Cinta... Tiada Akhirnya".
 
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

CINTA PERTAMA


KOD : NV 04
HARGA : RM12 (N.P: RM 19.90)
Bil mukasurat : 503m/s
SOLD TO MIMIE

SINOPSIS:
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seseorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan.

Apkah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati...atau memberi ruang pada cinta yang pertamakali mengetuk hati? Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama...terseksa dalam keindahan?

MURNI KASIH

 KOD : NV 03
HARGA : RM 16 (n.p: RM 23.90)
Bil mukasurat : 669 m/s
SOLD TO MIMIE 

SINOPSIS:
Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh..segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat keputusan....

CINTA TIADA AKHIRNYA-NEW



Kesinambungan "OMBAK RINDU"
KOD : NV 05
HARGA : RM22 (n.p: RM 22.90)
Bil mukasurat : 566m/s
SOLD TO EYDA MAN

 
Sinopsis:
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam "Cinta... Tiada Akhirnya".  
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Followers

Template by:

Free Blog Templates